UUM KAFA UUMFee Tracker
Manual Ringkas

Manual Pengguna KAFA UUM Fee Tracker

Manual ini disediakan untuk waris dan ustazah/admin KAFA UUM. Sistem direka mobile-friendly dengan paparan biru-putih UUM.

1. Panduan Waris

  1. Buka sistem KAFA UUM Fee Tracker.
  2. Jika sudah ada rekod, klik Semak / Upload Resit dan masukkan No. IC serta 4 digit akhir nombor telefon.
  3. Jika belum ada rekod, klik Daftar Waris Baru, isi maklumat ringkas, kemudian mohon tambah anak.
  4. Di halaman utama, semak nama anak dan status yuran semasa.
  5. Klik Upload Resit, pilih anak dan bulan bayaran.
  6. Upload resit PDF ePay UUM dan klik Imbas Resit.
  7. Semak ringkasan resit, kemudian klik Sahkan & Hantar.
Jika resit tidak dapat diimbas, sistem masih membenarkan resit dihantar. Status mungkin menjadi Perlu Semakan.

2. Panduan Daftar Anak

  1. Waris masuk ke menu Anak.
  2. Isi nama anak dan kelas.
  3. Tekan Hantar Permohonan.
  4. Admin/ustazah akan meluluskan permohonan sebelum anak aktif dalam sistem.

3. Panduan Ustazah / Admin

  1. Log masuk melalui menu Admin.
  2. Gunakan Dashboard untuk melihat ringkasan bayaran bulan semasa.
  3. Gunakan menu Pelajar & Waris untuk tambah atau kemas kini maklumat waris.
  4. Gunakan menu Senarai Pelajar untuk pautkan anak kepada waris.
  5. Gunakan menu Permohonan Anak untuk luluskan permohonan daftar anak daripada waris.
  6. Gunakan menu Bayaran untuk menyemak rekod resit dan status.
  7. Gunakan menu Resit Perlu Semakan untuk kes yang sistem tidak dapat sahkan secara automatik.
  8. Gunakan menu Email Reminder untuk menghantar peringatan hanya kepada waris yang belum bayar bulan semasa atau mempunyai tunggakan.

4. Nota Email Reminder

Email tidak dihantar kepada semua waris. Email hanya dijana untuk waris yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang belum bayar bulan semasa atau mempunyai tunggakan bulan terdahulu.